aku tunggu
dalam hati tak tenang
aku senyap
aku nafi yang kau akan datang
aku menung
aku tunggu kau seorang
aku melangut
aku ingat janji kau
"aku rindu,nak lepak dengan korang.."
tolong
tolong jadi lebih spesifik boleh?
siapa 'korang' itu?
aku atau aku dan rakan-rakan?
sedih?
tak
aku cuma sikit kecewa
kenapa,kenapa,kenapa?
kau tak telefon aku,kau tak mesej aku
kenapa,kenapa,kenapa?
kau lewat
tapi tak apa, kau masih terpasang niat untuk datang
kau masih tunaikan janji untuk tepati
aku gabra,
aku poyo,
aku geletar,
aku ....aku...malu
tiba-tiba kau muncul belakang aku
aku terkejut aku diam
mana pergi semua petah aku?
mana pergi semua kasar aku?
mana pergi semua babi,lanjio,kimak,bodoh aku?
aku expert semua itu..
tapi bila kau datang
semua lesap semua menyorok
ah,bodoh.
kenapa?!
..........................
..........................
aku paling kehadapan,aku senyum sorang-sorang
biar lantak orang nak cakap apa,asal kau tak nampak
senyum aku ....mahal. kau yang cakap dulu.
jadi aku tak mahu tunjuk pada kau.
kau....kau...dah lain.
aku semakin suka dengan kau.
kenapa...
kenapa....
kenapa....
kau susah nak perasan?
ah.celaka.tolonglah!
aku suka kau..
.lelaki kemeja BUM skinny hitam kasut ungu.