Wednesday, 7 September 2011

introduksi

mengikut penulisan aku ni,ketahuilah...





aku seorang perempuan.
i'm Jelly.

in advance

10 hari lagi,tarikh keramat bakal muncul.
hati tak berdebar, 19tahun bukan angka boleh dibuat main,
segalanya kena bertindak sesuai dengan angka,
menjadi matang ,fikir guna akal bukan kepala lutut.
angka 19 ni angka yang dah boleh handel macam macam.
banyak tanggungjawab.

aku harap 10 hari aku akan datang akan menjadi satu hari yang indah.

entri ini pada 8september2011 jam 3:24am. jadi 10 hari akan datang???

Selamat Ulang Tahun menjadi Dewasa.

Saturday, 3 September 2011

awal manis tengah pahit akhir langsung buang


lihat ni.
lihat dan fikir.
semua kata-kata manis,
ilavyu yulavme,we promise under the moonlight that we stay together forever
semua bullshit. itu semua masa awal-awal jadi kekasih.
bila dah tengah-tengah tu...segala macam benda haram keluar dari mulut.
*oh,pengalaman kawan-kawan aku lah,nyata,aku masih single.

"i don't want phenomenal love confessions and expensive gifts and romantic moonlight walks"
alamak,dah macam dalam drama la pulak. jarang agaknya berlaku macam ni.jangan nak romantik-romantik sangat lah masa awal-awal. kang bila bergaduh macam tak cukup keypad phone kau nak taip mesej bergaduh.keyboard laptop/pc ghabak, kau berbalas komen kat facebook.

selamat berpasangan kepada newly couple. 

selamat menjalani  liku-liku hidup sebelum kahwin,cinta -->break up--> bergaduh--> benci i hate you -->buang phone number,block fb,cacimaki di blog-->kemudian getback again. <--taik nya.

bye

you can find the comfort spot to lay your knife on my back.



AKU PERNAH KENA STABB
dengan siapa?mungkin kau tahu jawapannya...









.
dengan kaum aku sendiri.kaum hawa.


apa aku buat?aku rileks je lah.buat apa nak kecoh.

"I am not cool and don't labelled me cool. I was born to be a calm person"
:)

makpak aku pesan,biar orang buat kita jangan kita buat orang. dan selama mana orang-orang yang pernah guriskan hati aku sikit demi sikit. aku terima dan aku simpan. aku diam aku tak berkata aku tak berbalas.untung orang sekeliling aku. cuma,kalau sudah terkena benda yang pedas.cari air cepat-cepat.

kadang-kadang mulut aku tajam macam pisau.

masalah ini belum decide


dan apabila aku rasa ini sangat ridiculous.




aku ada seorang crush yang aku minat sejak akhir semester 1. dan sampai aku semester 3 ni aku masih minat dia.tapi dia dah tak belajar sama tempat dengan aku...dia still contact aku.tapi jarang lah.kadang-kadang kat twitter. aku dah tunjuk dah yang aku macam minat dia tapi not so obvious to let him know that i like him. aku buat biasa aje lah.tapi sampai kawan-kawan aku dah asyik perli-perli bila time aku jumpa dia takan dia tak perasan. so i wont let him now, up till now, i still keep this feeling inside. mungkin kami selesa untuk jadi kawan yang rapat. what to do.aku bukan seorang yang berani nak bagitahu yang aku suka dia. neraka tidak (hell no) hahaha.

"crush hanya bertahan sehingga 4bulan jika lebih dari 4bulan ianya bukan dipanggil crush,itu namanya cinta."


sekian.

definisi penjenayah cinta


ini pasal penjenayah cinta.

penjenayah cinta ada banyak jenis.ada yang baik dan ada yang menjurus kepada kurang baik. jadi apa ada pada personaliti penjenayah cinta ni?
penjenayah cinta ni boleh dikatakan sesorang yang membuat kesalahan dengan mencuri hati kita. tak kira perempuan atau lelaki. kau ingat lelaki je yang selalu jadi penjenayah ni?alamak,cliche gila.
penjenyah cinta yang baik dia akan terus mencuri dan menjaga serta mencintai dengan sepenuh hati . kalau penjenayah cinta yang kurang baik, dia akan curi hati kau dan terus mencuri hati orang lain.hati kau tu mungkin dia akan jual dan mencari hati orang lain, tak pun dia akan buang macam sampah.

hehehe,sekian sekerapu merapu definisi penjenayah cinta.

manusia difensiv


hi. salam.

siapa tahu tentang barrier of listening? salah satu dalamnya ada tentang manusia defensiv. manusia defensiv ni boleh dikategorikan sebagai manusia yang 'aku dah boleh tolak kau terjun bangunan sekarang'. defensiv bermaksud seseorang tu mahu meminta pendapat dari orang lain tapi dia sukar nak terima pendapat orang tu. that's BULLshaitts. mengikut pengalaman aku, aku pernah menghadapi this partticular manusia yang aku rasa boleh bagi penampar. meh aku cerita kan pengalaman aku..

A:ang rasa harga printing yang aku buat ni reasonable dak?budak tu cakap mahai aih...aku rasa okay ja.
B:entah la wei,kalau aku la kan. kalau takat word berwarna seciput tu aku kira macam harga hitam putih ja,sian ngat aih..aku rasa warna dak luak pun.
A:ahhh!!!bisnes tetap bisnes.. kalau ada warna seciput pun aku tetap caj ikut harga warna.
B:ang tak buleh nak bertolak ansur ka dengan depa?cuba ang pikiaq,kalau depa dah spread the news yang tempat printing ang ni mahai camna??ang jangan tamak sangat dengan apa yang ang dapat. aku tau customer ang datang tak putuih...tapi tolerate la sikit.
A:ah,xmau aih..bisnes tetap bisnes!


**B itu aku A itu manusia defensiv

so sekarang,perselisihan berlaku. yang tua mintak opinion kat yang muda..tapilangsung tak nak terima.lain kali tak payah minta opinion.kau tanya kau jawab sendiri.tak payah serabut otak aku nak fikir masalah kau ni.
satu lagi,dengan umur kau yang lagi dewasa dari aku,kau patut berfikir lebih matang.aku tahu semua orang bisnes nak untung.tapi kalau benda sikit pun kau caj mahal...macam mana tu agak-agak?

aku menyampah dengan manusia defensiv macam ni.